Thursday, 2 August 2012

Halal Buatku


"Dah lama tunggu?


Terkejut Haikal melihat seorang gadis yang rupanya seakan-akan kekasihnya,Puteri.Bertudung bawal putih dan memakai pakaian yang dipakai pula longgar.Tidak sama dengan Puteri yang dikenalinya itu,seorang yang free hair dan selalu memakai pakaian mengikut peredaran zaman.


"Puteri ke ni?Muka awak sama macam girlfriend saya".Tanya Haikal.


"Ye la saya ni,takkan baru seminggu tak jumpa dah lupa.Ni kawan saya,Anis.Saya ajak dia sekali datang sini sebab tak manislah kalau kita berdua je".


"Takla.Baru je sampai.Awak nampak lain sangat.Dah bertutup-tutup segala bagai."


"Emmm.Panjang ceritanya.Saya ajak awak jumpa ni pun sebab saya nak cakap sesuatu dengan awak".


"Awak nak cakap apa?"


"Saya nak minta maaf dengan awak sebab dalam seminggu ni saya langsung tak hiraukan awak.Saya cuba elakkan bertemu dengan awak.Saya tak angkat panggilan dari awak.Saya tak balas mesej awak.


"huhhhhhh"Anis menghela nafas panjang sebelum menyambung kembali


"Banyak saya belajar dalam seminggu ni.Banyak sangat.Saya belajar pasal cinta yang sebenar-benarnya.Selama ini saya letakkan cinta awak yang pertama dalam hati saya.Baru saya tahu yang selama ni saya salah.Saya salah dengan Maha Pencipta.Sepatutnya saya letakkan cinta Dia no 1".


"ok.pastu?


"Saya tanya diri saya sampai bila kita nak haram macam ni.Saya dah dapat jawapannya.


"Haram?maksud awak?


"Tak.Maksud saya hubungan kita ni la.Kita tak ada apa-apa ikatan yang sah tapi kita selalu keluar sama-sama,terlalu ambil berat antara satu sama lain dan lain-lain la".jawab Puteri ikhlas.


"Sampai bila kita nak macam ni.Kalau boleh,saya nak jadi yang halal untuk awak dan awak halal untuk saya.Sya nak hubungan yang diredhaiNya.Tu pun kalau awak benar-benar cintakan saya.Cintakan saya keranaNya".


"Awak tahukan saya betul-betul cintakan awak.Habistu awak nak saya buat apa?"


"Saya rasa awak patut cari sendiri jawapannya.Kalau dah dapat jawapannya nanti awak beritahulah saya.
Cuma satu awak patut tahu.Saya tak nak kita terus macam ni.Saya nak jadi yang halal buat awak.Kita kan dah habis belajar.Kita dah ada kerjaya masing-masing dah."


"Assalamualaikum".kata Puteri sambil berdiri.

"Waalaikummusslam".jawab Haikal lembut.


Puteri dan Anis pun memulakan langkah mereka.Dia berjalan sambil menghela nafas lega.

"Ok.Saya akan cuba cari jawapannya." menjerit Haikal dari jarak kira-kira 40 meter.


"Saya nak awak jumpa mak dan ayah saya.Cakap hasrat awak.Awak masuk meminang saya.Kita kahwin.Saya jadi isteri awak."Puteri menoleh ke belakang sambil tersenyum.


"Saya akan tunggu awak"Puteri berkata dalam hatinya.






#entry ni ak ambik dari blog lama aku.